Baru-baru ni telinga macam asyik berdengung.
Nyilu.
Seram pun ada.
Sebab,
Pernah dulu kawan aku bagitahu,
"Bila telinga berdengung atau berdesing, maknanya ada orang meninggal"
Katanya,
Nama kita tercatat pada sehelai daun di pokok.
Apabila nyawa kita bakal diambil, daun itu akan gugur.
Kalau-kalau daun yang gugur tadi terkena daun yang tertulis nama kamu,
sewaktu itulah telinga kita berdesing.
Inalillah. Sedekah Al-Fatihah.
Tak tahu betul ke tidak.
Tapi, mengingati kematian tu kan bagus.
Telinga berdesing, teringat mati,
Teringat mati, teringat dosa.
Cepat-cepat solat taubat.
Lagi satu orang kata,
Kalau telinga berdesing ni,
Ada orang tengah mengata kita.
Jadinya, kalau betul pun,
Kita biar je la.
Kita tak dengar pun.
Tak sakit hati pun.
Lagi satu teori.
Mengikut saintifik.
Telinga berdesing tanda awal pekak.
Hamek kau!
Amalan mendengar ipod,
Clubbing atau mahupun jamming kejadah,
Senang cerita, mendengar muzik pada frekuensi yg tinggi,
akan menyumbang ke arah ini.
(sumpah mak, tak pernah buat semua ni)
PERHATIAN.
Fakta hari ini.
Jika kita mendengar bunyi atas 85 desibel, sangat bahaya!
Yang kita selalu dengar mak membebel baru 60 desibel,
Konsert rock kapak pulak dah 115 desibel,
Manakala kapal terbang dipandu pilot kacak 140 desibel,
Dan muzik di ipod atau mp3 buatan china kau adalah 100 desibel!
Kekerapan mendengar atas 85 desibel ini,
akan menambah risiko pekak.
Jadi, kurangkan aktiviti ini supaya anda tidak menjadi pekak la badak.
PENGAJARAN:
Jangan kahwin dengan pilot atau seorang ahli muzik!
Apa ahli musik?!
Sebab, nanti kau membebel yg 60 desibel tu,
confirm dia tak dengar, atau buat tak dengar.
buat sakit hati kau sahaja labu.
KESIMPULAN:
Apa punca telinga aku berdesing?
Nampaknya aku kena korek telinga.
Dan kena kurangkan kejoyahan aku mendengar gosip-gosip cik kiah.
SEKIAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments
itu nama nya ada benda lalu. ayokkk. ;p hehe deeb,aku da tukar link blog aku la syg. bukan yg lama ye. update update ! :P
it happened to me last night!
neway, thanks 4 the info :)
Post a Comment