"sebab mereka makhluk tuhan paling comel!"
tak faham kenapa setengah orang tu allergic dengan binatang kiut ini.
kalau allergic btul takpe, ini tak suka macam kucing tu nak makan dia! aumm!
mengikut observation yg telah lama dijalankan,
people yang tak suka makhluk ini,
mostly terikut dengan orang sekeliling.
faktor persekitaran la senang cerita.
tak dipengaruhi genetik.
misal kata mak dia tak suka kucing,terikut jugak.
sebab tak biasa jadi takut@benci.
kenapa pula bukan genetik?
buktinya i la.
sebab ikutkan mak abah tidak berapa gemar dengan makhluk ini.
sebabkan juga adik beradik berpenyakit lelah,
maka makhluk ini cuma muncul dalam famili kami,
pada tahun 2007.
sebab dah besar rasa boleh bagi makan minum shelter,
rasa dengan penuh tanggungjawab sebagai khalifah allah di muka bumi, (eceh!)
dengan bangganya memperkenalkan adik dan gemuk,
yang telah dibawa khas dari kolej matrikulasi londang, melaka.
penghargaan.
kerana terlalu sayang nak tinggal.
sekarang kucing2 ni banyak yang dah pergi.
adik baru hilang beberapa hari sebelum raya aritu.
jaga dari dia kecik sampai dia jadi mak tapi masih panggil adik.
then setakat ni bulat the precious memang kesayangan semua orang je yg tinggal.
sebenarnya sangat susah tau nak bela kucing2 ni,
bila parents kita tak berapa suka dengan mereka ni.
boleh gado tak tentu pasal.
abah selalu kata,
"bela kambing lagi baik dari bela kucing ni."
kita bagi makan boleh jual.
tapi,
kambing tak comel!
kambing tak boleh meow!
kambing tak boleh posing!
kambing tak manja!
kambing lagi tak suka mandi!
kambing boleh makan!
kambing tak boleh meow!
kambing tak boleh posing!
kambing tak manja!
kambing lagi tak suka mandi!
kambing boleh makan!
sebab kucing ialah kucing,
kucing memang kesayangan,
firaun yang kejam lahanat tu pun sayang kucing,
kenapa kamu tak cuba sayang kucing???
boleh berubah tau.
macam ami,
kembar saya yang sememangnya characternya sangat opposite,
dia memang tak suka dengan kucing.
bila bulat datang dekat dia,
dia akan jerit kuat2,
"abut, baik kau amek kucing kau ni sekarang!"
tapi lama-lama tu,
"abut, bulat mana?"
sekarang bulat dah bebas mendekati ami.
nak adopt banyak2 lagi kucing tapi
terpaksa tunggu bekerjaya dulu,
dapat la tanggung kos sara hidup mereka.
sebab kos perubatan di klinik haiwan lagi mahal dari klinik manusia tau!
kucing pon ada sakit leukimia, dan aids tau!
info, info. salin cepat.
along kata kalo nak cari bf kena cari yang suka kucing jugak.
ingat, MESTI.
kalo tak suka kucing kena reject,
even dia kacak, bergaya, baik hati, kaya raya wut so ever.
masih belum ckp gentleman atau budiman jika tak suka kucing!
tapi tak mau la lelaki kucing..
he he.
info lagi, catit catit.
rumusan?
"lelaki yang suka kucing adalah budiman, dan akan disayangi seperti kucing juga."
tips ni. bagi no telefon kamu cepat.
No comments
Post a Comment