KWSP E-PENGELUARAN untuk PTPTN

Info asal:
http://www.kwsp.gov.my/portal/en/e-pengeluaran

Pertama,
Wajib ada akaun KWSP online. Cara buat pergi kiosk kwsp, daftar no phone, pastu web kwsp daftar akaun.

Kedua,
Log in masuk. Klik bahagian E-Pengeluaran.
Masukkan detail pinjaman pelajaran dan jumlah yang nak dikeluarkan. Cuma dari akaun 2 sahaja ya.


Ketiga,
Lepas selesai, tunggu kelulusan dari KWSP.
Permohonan pada 22 April. 5 Mei aku dapat SMS permohonan lulus.
Cek mesej di i-akaun untuk senarai semak dokumen dan kena ke pejabat KWSP mana-mana untuk pengesahan cap jari dan dokumen.




Keempat,
Lepas buat pengesahan di pejabat KWSP, tunggu statement akaun. Bayaran dibuat terus ke PTPTN ya, Jangan lupa bawa sijil original sekali sebab pegawai nak tengok.

Siap.
Nak kumpul duit 5 tahun. Sekali keluar tak sampai 5minit.

Apa boleh buat, hutang wajib bayar. Baik settle cepat kang tak lepas loan rumah pulak.
E-Pengeluaran ni lagi senang tak payah aku ulang alik pejabat PTPTN, KWSP.
Perjanjian asal pinjaman pun tak diperlukan. Cuma copy transkrip dan sijil sahaja.

Selamat membayar hutang!

1 comment

Anonymous said...

Resit 1 tu ape ye?