Jodoh bukan senang kalau kau bukan siapa-siapa.

Macam senang je orang jumpa jodoh?

Kalau kau muka tak berapa nak lawa, pelajaran pun tak ke mana, kau ingat laki yang mak abah kau nak tu nak ke kat kau?

Jadi tak payah nak la gebang yang " Saya terpikat padanya keranan prinsipnya untuk bercinta selepas berkahwin"

Tak boleh ke kau cakap,  "Saya terima dia sebab dia cantik dan pandai!"

Kan? Habis cerita. Jadi perempuan macam aku tak payah berharap lebih yang aku pun boleh dapat jugak orang luar biasa.

Kalau setakat prinsip untuk bercinta lepas kahwin, gua pun boleh cakap. Gua memerlukan lu untuk membimbing gua. Ada tak kau jatuh hati dengan gua?

Sampai mati pun gua tak percaya kalau BUKAN ORANG SEBARANGAN nak jatuh hati dengan gua setakat prinsip macam tu.Tak kan kau tak perasan cerita Fairy Tale semua berat sebelah?

Yang kaya nak kahwin dengan yang kaya je. Kalau tak kahwin dengan orang kaya pun, nak kahwin dengan yang cantik.

Kalau kau BIASA-BIASA je, kau ingat ade ke putera sibuk nak sarung kan kasut kat kau?

Gua sudah umur 24 bro. Membesar jadi orang yang paling biasa. Budak umur 18 pun kalau luar biasa orang dah masuk meminang bro. Jadi please lah jangan gebang boleh tak?

Oh please. Gua dah muak.


*Jodoh memang rahsia Allah. Gua tak pernah nampak lagi cinta yang betul-betul buta?





2 comments

Gracie Chia JY said...

y so .........angry+ frustrated?? be cool, single is good; single is happy; maybe sometimes we do felt lonely, but we know we can make it. Kalau ada jodoh; sure it will come to you soon. Cheer up my friend....^^

MummyMeowMeow said...

not angry.

just that sudah muak dengan jwpn org yg sgt too good to be true. Why didnt they admit that looks is everything instead of the cover stereotype answer.

Im happy that Im single and loving it so much. Just that I couldnt accept that some people regard JODOH is an easy things and questioning why people like we can't get one.